Thursday 16 December 2010

jika itu takdirnya setelah lembaran sudah kering dan terangkat penaNya...

Memandang ke awanan biru....

                  Hari ini merupakan hari terakhir sebelum berakhir sem 5 dan menandakan exam dah dekat.huhu.ini final year aku  yg membawa erti aku perlu pulun untuk buat yang terbek.sudah pasti kawan-kawanku pun akan buat menda yg sama.Muhasabah diri aku, rasanya banyak je menda yang kurang.Aku xdelah serajin waktu kat matrikulasi dulu, cam xdelah all out pun, mgkin sebab aku asek pikir masalah yang remeh temeh sehingga aku xleh nak fokus pd study.jujurnye, ak rasa sem ni aku rasa lebih baik dari sem2 sebelum ni.haha..Bile aku fikir-fikir balik, dah final year dah ak..sekejap je dah nak dpt degree dan boleh tunjuk kat mak ayah aku yg ak dah hbs belajar.hoho..tapi, aku xdelah rasa hepi sgt..sebab tu je ke tujuan hidup ak kat dunia ni?entahlah, kadang2 aku terfikir mcm nak jadi petani pun ada..pi kebun pagi2, pakai kasut yg macam pua cu kang tuh, pastu tanam sayuran.dan buat bisnes jual sayur..beli tanah dan tanam berjenis2 sayur..xyahlah keje makan gaji, leh dtg keje lambat sket dan wat pe je yg aku suke.yg penting xjauh dari keluarga..sekarang ni, ak terfikir...bilelah ak ada masa nak jaga keluarga aku, asek jauh je dari mereka..mereka dah tua kot, sedangkan ak?sibuk nak cari dunia, bina kerjaya dan xterfikir cmne nak jaga mereka..walaupun mereka xminx pe2, tapi sbgai anak, aku ada tanggungjawab pd mereka.tuh belum lagi kalo aku dah kawen.oh no...tidak2!aku rindu sgt pd mak ayah aku, mereka dah banyak bersusah payah jaga aku sampai aku besar, tapi hakikatnya aku selalu menghampakan mereka....aku selalu tersilap langkah...mengambil jalan yg salah.....kenapalah aku ditakdirkan berjumpa dengan org yang salah dan hipokrit?huhuhu...seringkali aku rasa kecewa pada diri sendiri dan malu nak berhadapan dengan Allah..terlalu banyak salah aku padaNya...seringkali meminta maaf dan mengulangi lagi perkara yg sama....Oh tuhan, jika suatu hari nanti aku kembali padaMu,mungkinkah Kau akan menerimaku sebagai hambaMu yang beriman?huhu....                              

                     Bercakap tentang hidup, kita semua mempunyai pilihan dalam menentukan hala tuju hidup.bukan setakat tu saja, sme perkara yg akan kita lakukan sehari-hari menuntut sebuah pilihan....dari subuh menjelang, kita boleh memilih samada nak bangun atau tidak, nak pergi kelas atau tidak, nak dapat pahala atau dosa, buat baik atau buruk dan mcm2 lagi.semuanya menuntut kita utk memilih....tapi, pilihan itu memerlukan penapisan yg terbek samada mengikut hati,nafsu atau akal kita.....tetapi manusia biasanya hanya berpandukan nafsu dan akal semata2...kata hati adalah sebaik2nya jika hati itu bersih dari maksiat atau sesuatu yg boleh menghasilkan titik-titik hitam....Aku bukanlah insan yang terbaik untuk melabel seseorang itu mempunyai hati yg bersih atau tidak, tapi tuan punya badan sendiri patut boleh mengklasifikasikan hatinya sendiri bukan?hati yang sentiasa rindukan waktu untuk bertemuNya pada waktu2 dating yang sudah ditetapkan, hati yang merindukan alunan merdu qalam Allah, hati yang mncintai kebaikan dan penyeruan ke arah kebaikan, mungkin itulah hati2 yang boleh membantu kita dalam membuat pilihan yang terbek...Sebab tu aku suke sangat bagi tajuk blog ni, The Secret of Heart sebab aku rasa setiap org ada rahsia hati masing2 yang mungkin boleh memberi pengajaran pd diri sendiri atau untuk org lain jua.Seorang kawan aku ada cakap, bile kita buat salah mgkin ada 3 perkara yg kita dapat daripadanya.pertama, kita akan  sedar dan belajar daripadanya,kedua kita  tidak kan menyedarinya dan ketiga kita boleh buat orang lain belajar daripada kesalahan kita..Selama hidup aku ni, ada dua org yg aku mmg xboleh nak maafkn kesalahan yang dia buat pada aku...bukan aku xnak, tetapi hati aku sangat sukar utk memaafkan malah semakin hari aku jd benci dengan sme perbuatan dia pd aku.huhu...aku cuba redha, tetapi aku xboleh....ya Allah, maafkan aku untuk kelemahan aku ini...Aku harap, suatu hari nanti aku mampu untuk memaafkan dan redha atas segalanya...Sepnjang hidup ini, banyak yang aku pelajari..tarbiyah yang mengajar aku erti hidup...mahal sungguh harganya sebuah syurga ALlah itu....huhu.kampung halamanku yang telah lama ditinggalkan.semua manusia ini bermula dari nabi Adam, tetapi pabila dia telah dihasut iblis jahat..maka, nabi Adam telah diturunkan kebumi kerana memakan buah larangan di syurga..SYURGA....itulah kampung halamanku....tempat pertama yang didiami oleh nabi Adam...owh, tuhanku...layakkah aku untuk itu???aku akhiri post aku kali ini dengan sebuah hadis, diharap akan memujuk diri yg penuh dosa ini,


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
 wallahhualam:
-sophia natasya-

No comments: