Monday 26 December 2011

Kerana Cinta

Cinta itu fitrah

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu." (QS. An Nisaa’: 1)

Bismillahhirrahmanirrahim
Allahhumma solli a'la muhammad wa ala ali muhammad..

Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini adalah berpasang-pasangan. Kita sendiri dapat melihat buktinya pabila dengan melihat sekeliling kita. Allah menabirkan siang dan dilabuhkan pula malam pabila tiba masanya, adanya langit dan bumi, terang dan gelap, syurga dan neraka, lelaki dan wanita serta banyak lagi. Allah berfirman: 

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." ( Adz Dzariyat: 49)

Di antara hikmah penciptaan manusia yg berpasangan ini, Allah telah meletakkan manusia pada tahap yg lebih tinggi dengan mensyariatkan pernikahan agar memenuhi fitrahnya utk hidup berpasangan. Dan setiap pernikahan ini telah ditetapkan rukun dan syaratnya yg didalamnya mengandungi perjanjian antara pasangan itu dengan Allah. Ya, setiap lafaz bermakna itu merupakan perjanjian setiap pasangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan menjadikan Allah sebagai yg menilai setiap amanah dan hak yg perlu ditunaikan oleh suami dan isteri itu sendiri. InsyaAllah dengan setiap keikhlasan untuk mencari redhaNya, Allah akan kurniakan sesuatu nikmat yg tersendiri di dalamnya. 

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."     (ar-rum:21)


Al-Imam Al-Ghazali berkata tentang sebahagian faedah perkahwinan:"perkahwinan adalah penenang jiwa dan kesenangan kepada isteri iaitu ketika bersamanya, memandang dan bercanda.Perkahwinan juga mententeramkan hati dan menambahkan kekuatan untuk beribadah.Ini kerana jiwa itu mudah jemu lalu menghindari kebenaran.Rasa cinta kepada wanita termasuk ketenteraman yang menghilangkan kesusahan dan menyenangkan hati.Jiwa orang-orang yang bertaqwa pun memiliki kesenangan terhadap hal-hal yang mudah.

Ali bin Abi Talib berkata:"Tenteramkanlah hati kamu barang sejenak.Kerana jika dipaksa terus,maka ia boleh menjadi buta.

Sejak seseorang berganjak remaja (baligh) serta mumayyiz ( dapat membezakan perkara yg benar dan salah), fitrahnya sebagai manusia untuk mempunyai kecenderungan terhadap insan yg berlainan jenis darinya. maka sejak sebagai responds pd fitrah ini, mulalah terbit perasaan rindu, sayang dan cinta  yang jika tidak dituntun dengan didikan agama yg cukup, maka nafsulah yg akan memainkan peranan yg penting dalam hal ini. Syaitan pula mulalah menjadi peneraju utama dalam menyesatkan manusia. Dan dari detik ini, lahirlah masalah sosial yang tinggi serta akibatnya pasti semua org telah tahu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui di atas setiap sesuatu samada yg terzahir atau tersembunyi. Islam adalah solution bg setiap masalah dan perselisihan manusia, maka setiap satu permasalahan itu  pasti ada jalan penyelesaiannya. 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

~~Berkata tentang cinta sesama manusia, aku bukanlah insan yang terbaik untuk berbicara tentangnya.kerna pasti ada ramai lagi insan di luar sana yg berpengalaman dan dapat mengulasnya dengan lebih terperinci dan mendalam.. Cuma padaku, cinta suci yg berasaskan islam itu layaknya dilafazkan dengan sebuah ikatan perkahwinan yg halal dan diredhaiNya. Cinta itu didalamnya terdapat seluruh kenikmatan walaupun kemudiannya Allah akan memberikan pelbagai dugaan terhadapnya.. tetapi yakinlah ianya adalah untuk menguatkan ikatan cinta..Itulah cinta yang ianya tidak hanya tahan di dunia tetapi hingga ke alam yang kekal abadi.. Cinta yg berlandaskan agama, mengenalinya membuatkan kita rasa makin dekat dengan pencipta dan merasakan kenikmatannya akan membawa kita kpd kesyukuran yg tidak terhingga. Moga suatu hari nanti, jika kita dapat rasakan cinta itu, biarlah cinta kepada insan yg berlainan jenis itu akan menjadikan kita lebih dekat padaNya, cinta yg ingin membawa pasangan kita ke syurga dan bersama-samanya menempuhi dugaan badai duniawi ini.  Berkasih sayanglah kerana Allah, saling menasihatilah kerana Allah....sebab masing-masing tahu bahawa hidup di dunia ni hanya sementara dan mengharapkan agar berjumpa di syurga kelak. Dan berdoalah dari sekarang sekiranya ditakdirkan akan mempunyai zuriat kelak, berdoalah agar zuriat yg bakal menjadi penyeri hidupmu itu hatinya ditautkan pada cinta kepada Allah dan RasulNya, roh dan jiwanya terpimpin oleh petunjuk Allah dan quran, menjadi anak yg soleh/ah yg akan membantu membangunkan ummah kelak. Bermulalah berdoa agar mendapat zuriat yg soleh dari sekarang walaupun masih belum berkahwin, selain dr meminta doa agar dipertemukan dengan insan yg terbaik utk kita..insyaAllah yg dpt mendidik wanita-wanita sbg amanah terindah bg setiap lelaki...Dan sekiranya ajal itu menjemput sebelum sempat mendirikan rumah tangga, ketahuilah bahawa sesungguhnya "mati itu pasti dan nikah itu insyaAllah"...
Allah tahu apakah yang terbaik untuk setiap hambaNya..moga kita kan mendapat pengakhiran yang baik di saat terpisahnya roh dari jasad. janganlah lalai dr Allah kerana "cinta kpd manusia" dan menyalahgunakan "cinta" kerana ianya anugerah Allah dan tdk sepatutnya dilayan dengan sebegitu..

Created by:
sophia natasya 
(moga Allah mengampunkan setiap dosa mukmin dan mukminat di atas muka bumi ini)



sesiapa rajin dengarlah lagu ni~~





Saturday 17 December 2011

Kejarlah bahagia yang di cari

Andai waktu memanggilku



Hiduplah dalam luka yang panjang, dan itu pilihan. Disana Allah beri dua jalan, untuk terus hidup dalam keputusasaan, atau menjauh, dan raihlah kebahagiaan, nikmatilah sang pelangi yang indah selepas hujan. Nikmatilah kekuatan jiwamu selepas melepasi fasa ujian yang bisa saja meremukkan seluruh urat nadimu. SubhanaAllah, nikmatNya Maha hebat, ketenangan dan keyakinan kepada janji Allah itulah yang begitu membahagiakan.

Berbeza dengan manusia yang terus hidup dalam penderitaan, meski ramai manapun manusia yang terus membantumu keluar dari kedukaan, tidak pernah akan henti air matamu jika bukan diri sendiri yang berusaha dengan teguh berjalan keluar dari tari dunia hitam itu, sungguh, kesedihan itu sememangnya menyakitkan, namun manusia lain tidak akan pernah tahu bagaimana keadaannya sebelum mereka sendiri yang merasainya, justeru, usah berharap dikuatkan orang lain andai diri sendiri terus berlemah- lemah dengan kesedihan.

Penyesalan vs keputusasaan
Penyesalan melampau atas dosa yang dilakukan juga pendorong pada kesedihan, siapa kata penyesalan itu tidak baik, bahkan penyesalan atas kesalahan yang dilakukanlah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, penyesalan jugalah yang mengekalkan kita dalam taubat, bahkan penyesalan dan rasa tidak mahu kembali pada dosa yang pernah dilakukan seperti mana kita benci dicampakkan kedalam neraka juga adalah penyebab hadirnya kemanisan iman dalam diri Hamba. Allah Maha Mengetahui, usah sampai penyesalan membawamu kepada keputusasaan dan kebinasaan. Luka yang panjang itu bahkan bisa jadi penyebab kekufuran dan putus asa pada rahmat Tuhan, rasa bosan dengan kesedihan pula bisa membuatmu jauh dari Allah, justeru, ketika penyesalan menghadir, pandulah ia ke jalan yang menguntungkan diri kita dunia dan akhirat.
Belenggu MALU
Malu ketika ramai manusia tahu akan dosa yang pernah dilakukan sering membelenggu manusia yang telah bertaubat dan melakukan perubahan, Allah jualah Maha memakbulkan doa hamba- hambanya, yakinlah pada janji Allah, mohonlah dosa- dosamu digenggam kukuh dalam simpanan saksi- saksi dosamu, kita tidak akan pernah dapat menghalangnya dari tersebar, biarlah Allah yang menyimpannya, Allah maha tahu akan keikhlasan taubatmu.

Keluarlah dari luka yang panjang dan dalam, keluarlah dari duniamu yang kelam dan suram, usah biar terus ditelan kegelapan, menjauh dan berbahagialah~

Bersangka baiklah dengan Allah. Segala kekurangan dan kekosongan hati hanya boleh dipuaskan dengan rasa kesyukuran padaNya.. Allah berfirman:

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar memperoleh kebenaran." (2:186)

Kejarlah kebahagiaan yg dicari. Moga ditemui sinar kebenaran itu....

Walaupun sekiranya sinar cahaya yg kutemui hanyalah sinar yg malap,
tetapi sekurang-kurangnya dengannya dapatlah untukku membezakan antara cahaya dan kegelapan,
Kerna aku yakin bahwa sinar ini tidakkan pernah terpadam tuk selamanya,
Selagi mana Allah memeliharanya dr manusia-manusia zalim yg cuba memadamkannya...
Walaupun ia masih br bertapak di dalam sanubari ini,
Tetapi kuberharap ianya akan terpahat kukuh dan utuh sehingga ke detik terakhir nafasku...amiin

~~mg kita sama2 menjadi hamba Allah yg taat serta umat Rasulullah yg mengamalkan segala sunnahnya...seandainya kita tahu yg ilmu Allah itu masih banyak lagi belum dipelajari dan dikaji, pasti kita takkan mempunyai masa utk berhibur...Tidaklah kita menjadi org yg mengikut tanpa meminta hujah yg pasti...Jadi, sama2lah kita belajar ya, agar tdk menjadi seperti ayat dibawah:

"(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka." (2:166-167)

yang menulis utk peringatan diri:
sophia natasya... (wahai kesedihan, pergilah kau jauh2 dr hati ini...huhu)