Monday 26 December 2011

Kerana Cinta

Cinta itu fitrah

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu." (QS. An Nisaa’: 1)

Bismillahhirrahmanirrahim
Allahhumma solli a'la muhammad wa ala ali muhammad..

Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini adalah berpasang-pasangan. Kita sendiri dapat melihat buktinya pabila dengan melihat sekeliling kita. Allah menabirkan siang dan dilabuhkan pula malam pabila tiba masanya, adanya langit dan bumi, terang dan gelap, syurga dan neraka, lelaki dan wanita serta banyak lagi. Allah berfirman: 

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." ( Adz Dzariyat: 49)

Di antara hikmah penciptaan manusia yg berpasangan ini, Allah telah meletakkan manusia pada tahap yg lebih tinggi dengan mensyariatkan pernikahan agar memenuhi fitrahnya utk hidup berpasangan. Dan setiap pernikahan ini telah ditetapkan rukun dan syaratnya yg didalamnya mengandungi perjanjian antara pasangan itu dengan Allah. Ya, setiap lafaz bermakna itu merupakan perjanjian setiap pasangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan menjadikan Allah sebagai yg menilai setiap amanah dan hak yg perlu ditunaikan oleh suami dan isteri itu sendiri. InsyaAllah dengan setiap keikhlasan untuk mencari redhaNya, Allah akan kurniakan sesuatu nikmat yg tersendiri di dalamnya. 

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."     (ar-rum:21)


Al-Imam Al-Ghazali berkata tentang sebahagian faedah perkahwinan:"perkahwinan adalah penenang jiwa dan kesenangan kepada isteri iaitu ketika bersamanya, memandang dan bercanda.Perkahwinan juga mententeramkan hati dan menambahkan kekuatan untuk beribadah.Ini kerana jiwa itu mudah jemu lalu menghindari kebenaran.Rasa cinta kepada wanita termasuk ketenteraman yang menghilangkan kesusahan dan menyenangkan hati.Jiwa orang-orang yang bertaqwa pun memiliki kesenangan terhadap hal-hal yang mudah.

Ali bin Abi Talib berkata:"Tenteramkanlah hati kamu barang sejenak.Kerana jika dipaksa terus,maka ia boleh menjadi buta.

Sejak seseorang berganjak remaja (baligh) serta mumayyiz ( dapat membezakan perkara yg benar dan salah), fitrahnya sebagai manusia untuk mempunyai kecenderungan terhadap insan yg berlainan jenis darinya. maka sejak sebagai responds pd fitrah ini, mulalah terbit perasaan rindu, sayang dan cinta  yang jika tidak dituntun dengan didikan agama yg cukup, maka nafsulah yg akan memainkan peranan yg penting dalam hal ini. Syaitan pula mulalah menjadi peneraju utama dalam menyesatkan manusia. Dan dari detik ini, lahirlah masalah sosial yang tinggi serta akibatnya pasti semua org telah tahu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui di atas setiap sesuatu samada yg terzahir atau tersembunyi. Islam adalah solution bg setiap masalah dan perselisihan manusia, maka setiap satu permasalahan itu  pasti ada jalan penyelesaiannya. 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

~~Berkata tentang cinta sesama manusia, aku bukanlah insan yang terbaik untuk berbicara tentangnya.kerna pasti ada ramai lagi insan di luar sana yg berpengalaman dan dapat mengulasnya dengan lebih terperinci dan mendalam.. Cuma padaku, cinta suci yg berasaskan islam itu layaknya dilafazkan dengan sebuah ikatan perkahwinan yg halal dan diredhaiNya. Cinta itu didalamnya terdapat seluruh kenikmatan walaupun kemudiannya Allah akan memberikan pelbagai dugaan terhadapnya.. tetapi yakinlah ianya adalah untuk menguatkan ikatan cinta..Itulah cinta yang ianya tidak hanya tahan di dunia tetapi hingga ke alam yang kekal abadi.. Cinta yg berlandaskan agama, mengenalinya membuatkan kita rasa makin dekat dengan pencipta dan merasakan kenikmatannya akan membawa kita kpd kesyukuran yg tidak terhingga. Moga suatu hari nanti, jika kita dapat rasakan cinta itu, biarlah cinta kepada insan yg berlainan jenis itu akan menjadikan kita lebih dekat padaNya, cinta yg ingin membawa pasangan kita ke syurga dan bersama-samanya menempuhi dugaan badai duniawi ini.  Berkasih sayanglah kerana Allah, saling menasihatilah kerana Allah....sebab masing-masing tahu bahawa hidup di dunia ni hanya sementara dan mengharapkan agar berjumpa di syurga kelak. Dan berdoalah dari sekarang sekiranya ditakdirkan akan mempunyai zuriat kelak, berdoalah agar zuriat yg bakal menjadi penyeri hidupmu itu hatinya ditautkan pada cinta kepada Allah dan RasulNya, roh dan jiwanya terpimpin oleh petunjuk Allah dan quran, menjadi anak yg soleh/ah yg akan membantu membangunkan ummah kelak. Bermulalah berdoa agar mendapat zuriat yg soleh dari sekarang walaupun masih belum berkahwin, selain dr meminta doa agar dipertemukan dengan insan yg terbaik utk kita..insyaAllah yg dpt mendidik wanita-wanita sbg amanah terindah bg setiap lelaki...Dan sekiranya ajal itu menjemput sebelum sempat mendirikan rumah tangga, ketahuilah bahawa sesungguhnya "mati itu pasti dan nikah itu insyaAllah"...
Allah tahu apakah yang terbaik untuk setiap hambaNya..moga kita kan mendapat pengakhiran yang baik di saat terpisahnya roh dari jasad. janganlah lalai dr Allah kerana "cinta kpd manusia" dan menyalahgunakan "cinta" kerana ianya anugerah Allah dan tdk sepatutnya dilayan dengan sebegitu..

Created by:
sophia natasya 
(moga Allah mengampunkan setiap dosa mukmin dan mukminat di atas muka bumi ini)



sesiapa rajin dengarlah lagu ni~~





Saturday 17 December 2011

Kejarlah bahagia yang di cari

Andai waktu memanggilku



Hiduplah dalam luka yang panjang, dan itu pilihan. Disana Allah beri dua jalan, untuk terus hidup dalam keputusasaan, atau menjauh, dan raihlah kebahagiaan, nikmatilah sang pelangi yang indah selepas hujan. Nikmatilah kekuatan jiwamu selepas melepasi fasa ujian yang bisa saja meremukkan seluruh urat nadimu. SubhanaAllah, nikmatNya Maha hebat, ketenangan dan keyakinan kepada janji Allah itulah yang begitu membahagiakan.

Berbeza dengan manusia yang terus hidup dalam penderitaan, meski ramai manapun manusia yang terus membantumu keluar dari kedukaan, tidak pernah akan henti air matamu jika bukan diri sendiri yang berusaha dengan teguh berjalan keluar dari tari dunia hitam itu, sungguh, kesedihan itu sememangnya menyakitkan, namun manusia lain tidak akan pernah tahu bagaimana keadaannya sebelum mereka sendiri yang merasainya, justeru, usah berharap dikuatkan orang lain andai diri sendiri terus berlemah- lemah dengan kesedihan.

Penyesalan vs keputusasaan
Penyesalan melampau atas dosa yang dilakukan juga pendorong pada kesedihan, siapa kata penyesalan itu tidak baik, bahkan penyesalan atas kesalahan yang dilakukanlah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, penyesalan jugalah yang mengekalkan kita dalam taubat, bahkan penyesalan dan rasa tidak mahu kembali pada dosa yang pernah dilakukan seperti mana kita benci dicampakkan kedalam neraka juga adalah penyebab hadirnya kemanisan iman dalam diri Hamba. Allah Maha Mengetahui, usah sampai penyesalan membawamu kepada keputusasaan dan kebinasaan. Luka yang panjang itu bahkan bisa jadi penyebab kekufuran dan putus asa pada rahmat Tuhan, rasa bosan dengan kesedihan pula bisa membuatmu jauh dari Allah, justeru, ketika penyesalan menghadir, pandulah ia ke jalan yang menguntungkan diri kita dunia dan akhirat.
Belenggu MALU
Malu ketika ramai manusia tahu akan dosa yang pernah dilakukan sering membelenggu manusia yang telah bertaubat dan melakukan perubahan, Allah jualah Maha memakbulkan doa hamba- hambanya, yakinlah pada janji Allah, mohonlah dosa- dosamu digenggam kukuh dalam simpanan saksi- saksi dosamu, kita tidak akan pernah dapat menghalangnya dari tersebar, biarlah Allah yang menyimpannya, Allah maha tahu akan keikhlasan taubatmu.

Keluarlah dari luka yang panjang dan dalam, keluarlah dari duniamu yang kelam dan suram, usah biar terus ditelan kegelapan, menjauh dan berbahagialah~

Bersangka baiklah dengan Allah. Segala kekurangan dan kekosongan hati hanya boleh dipuaskan dengan rasa kesyukuran padaNya.. Allah berfirman:

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar memperoleh kebenaran." (2:186)

Kejarlah kebahagiaan yg dicari. Moga ditemui sinar kebenaran itu....

Walaupun sekiranya sinar cahaya yg kutemui hanyalah sinar yg malap,
tetapi sekurang-kurangnya dengannya dapatlah untukku membezakan antara cahaya dan kegelapan,
Kerna aku yakin bahwa sinar ini tidakkan pernah terpadam tuk selamanya,
Selagi mana Allah memeliharanya dr manusia-manusia zalim yg cuba memadamkannya...
Walaupun ia masih br bertapak di dalam sanubari ini,
Tetapi kuberharap ianya akan terpahat kukuh dan utuh sehingga ke detik terakhir nafasku...amiin

~~mg kita sama2 menjadi hamba Allah yg taat serta umat Rasulullah yg mengamalkan segala sunnahnya...seandainya kita tahu yg ilmu Allah itu masih banyak lagi belum dipelajari dan dikaji, pasti kita takkan mempunyai masa utk berhibur...Tidaklah kita menjadi org yg mengikut tanpa meminta hujah yg pasti...Jadi, sama2lah kita belajar ya, agar tdk menjadi seperti ayat dibawah:

"(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka." (2:166-167)

yang menulis utk peringatan diri:
sophia natasya... (wahai kesedihan, pergilah kau jauh2 dr hati ini...huhu)

Monday 10 October 2011

hari-hari di nottingham

Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu menjalani program PGCE ni. PGCE is stand for Post Graduate Certificate of Education dimana kami disini mengambil course Educational Theory. Hmm, xnak cerita banyak pasal menda nieyh sebab deep down inside rasa mcm makin lama makin menyesal pulak nak jadi pendidik. Bukan sebab xminat atau ape, tapi rasa macam tak cukup bagus nak jadi seorang pendidik. Rasa mcm serba kekurangan dari segi nak didik dyorg and help them to develop their own knowledge. Aku akui yang mengajar adalah benda yang paling aku suke dan niat aku mmg ikhlas nk melihat semua bakal anak didik aku berjaya. Masih ingat lagi detik-detik masa aku hantar kertas ujian MEDSI dulu. I was praying that I will fail in this test if I am not good enough to be a teacher in the future. If this is a right path for me, please let me go through this till the end. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dimana aku mendapat offer mengambil bdg pendidikan di UTM and the other choice is further my degree in UK.huhu.that was a little bit history on how I got an offer to be a teacher. Tak tahu kenapa aku rasa macam nak menulis dalam blog ni tentang pe yang aku rasa sepanjang belajar PGCE ni. Entahlah, bagus sebenarnya dapat belajar kat sini..Aku belajar macamana nak explain dgn baik pada org, how to manage class very well, behavior of learner ,Every Child Matter ( pembelaan hak budak2) , learning theory dan macam2 lagi..

Tetapi semakin lama aku belajar, aku mula rasa yang aku macam xde ape2 nak bg pd pelajar. Aku jd stress bila kdg2 benda yang dibincangkan kat kelas macam xsesuai utk aku apply bila aku mengajar nanti.sebagai contohnya, teacher should not give a learner their learning but give them opportunity to learn from their mistakes or experiences. Sebenarnya aku xtahu mcmane nak apply ni bile kat college nanti.Bila aku tgk sillabus kat matrik,maths kebanyakannya adalah berkaitan ngan calculation. Aku xrasa banyak explanation pun utk subjek ni dan to be honest aku xleh relate pun dengan real life aku utk pe yg ak blaja kat matriks ni . Maths adalah calculation dan formulas to remember. As long as u know the method on how to solve various problem from a different kind of chapter, u'll survive then. so dimana relevannya aku nak trigger students mind to think ahead on what they r studying at that moment. Apabila banyak buat research tentang sistem pendidikan kat sini, aku lebih tends untuk buat comparison dgn sistem kat malaysia yg aku experienced a long time ago masa kecik2 dulu even aku xde ilmu pun pasal tuh. maksudnye it is unfair utk aku wat comparison sedangkan aku xmendalami pun sistem pendidikan kat mesia. tapi satu bnda yang aku setuju adalah english development tuh mmg sgt membantu r sebab lecturer kat sini sgt membantu dan byk bg guidance on how to be confident while speaking english. aku rasa sampai sini kot nak cerita pasal PGCE nieyh.nak citer pasal lain pulak..hehe


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bila dikenangkan kembali, masa berlalu terlalu pantas. Umurku sudah menjangkau 22 tahun 5 bulan semasa aku menaip sekarang ni.lebih kurg 8180 hari aku diberi peluang hidup kat atas muka bumi ni. Dari xkenal apa itu erti kasih sayang, kebahagiaan, kejayaan , ilmu , iman , islam .....sampailah aku diberi peluang untuk belajar, memahami dan merasai semua nikmat yang diberikan Allah ni. Di situ aku mula merasakan betapa untungnya aku diberi semua kelebihan ini.Tapi semuanya pasti akan ada cabaran dan dugaan dalam mencari hakikat diri ni kan? aku tak tahu dimana silapnya,aku merasa kekosongan yang teramat sangat dalam hati ini. Kadang-kadang terasa sangat sunyi menghadapi hari-hari mendatang keseorangan. Mungkin Allah mahukan aku merasakan setiap yang diberikanNya sepanjang helaan nafasku adalah untukNya. Mungkin kerana kurangnya kebergantunganku padaNya menyebabkan Dia memanggilku kembali padaNya dgn cara begini. Kadang-kadang hati ni rasa sgt sedih without knowing what is the valid reason behind it.Mungkin juga dosa2 yang membuatkan hatiku jadi makin gelap dan minx agar dibersihkan. Namun begitu, aku bersyukur pada Allah yang telah mengirimkan kawan-kawan yang sama2 mahu memperbaiki diri. Kami berbeza background family, education, citarasa dan mgkin gaya hidup, tapi perkumpulan hati dalam mencari erti hidup sebenar menyebabkan kami mula rapat.Walaupun mgkin pada mulanya tidaklah  memahami kehendak masing2, tapi Allhamdulillah, keranaNya aku mula belajar erti persahabatan.salah satu perkara yang boleh membuatkan hatiku terasa terubat adalah dengan berusrah bersama mereka.ramai yang mengatakan dan melevelkan org yg pergi usrah pada label2 tertentu. ada yang menyenangi dan mgkin ada yang mengata. xkesahlah apa pun yang org katakan.tapi melalui ape yang aku lalui, usrahlah yang mengajar aku apa itu erti sebuah pertemuan dan perpisahan keranaNya. aku mula belajar kembali apa itu makna hamba kepadaNya, makna tersirat di sebalik khalifah yg diperintahkanNya pada semua manusia..kadangkala pada setiap sesi usrah, kami semua akan membaca beberapa potong ayat quran  dan mentadabburnya bersma-sama..disini lah kadang2 membuatkan hatiku sgt tersentuh pabila rakan2ku memberikan pandangan mereka tentang ayat yg menyentuh perasaan mereka..ini kerana kdg2 kita xnampak sesuatu itu indah selagi ia tdk dikupas dgn terperinci dan mendalam .perkongsian sebigini membuatkan aku berfikir sejenak dan mendalam tentang layakkah aku digelar hamba tetapi dalam masa yang sama, aku seolah-olah tidak menyumbang apa-apa pun pada agama. Alam ciptaanNya sangat luas dan kita sgt kecil malahan digambarkan seperti debu saja.sungguh mudah untuk Allah memusnahkan kita jika Dia kehendaki Aku merasakan usrah merupakan tempat utk aku kembali semula diingatkan tentang siapa aku sebenarnya selepas beberapa hari mengharungi badai duniawi. Aku bukanlah baik sangat dan seringkali juga tersasar dan membuat kesilapan yg sama berulang kali.tapi aku akui pabila usia menjangkau dewasa ini,  aku sedar bahawa aku  sgt memerlukan kawan yang sentiasa sudi menegur dan mengingatkan aku kembali tntg akhirat.aku mudah lalai dan aku mudah lupa semua ni..kdg2 aku rasa sangat hanyut dengan dunia ni sehingga keseronokan itu mengelabui pandangan mata kasarku.maka, kumohon semua yg mengenaliku agar mendoakan semoga aku akn menjadi insan yang selalu cuba mencari dan berusaha mencari hidayah dan ilmuNya..maafkan aku jika terkasar bahasa atau menyakitkan hati sesiapa..aku hanya mahu berkongsi apa yang aku rasakan dan sdikit sebanyak cerita pengalaman hidupku.

Friday 10 June 2011

Kerna aku jua seorang wanita

Wanita itu indah pada pandangan manusia dan segala yang ada padanya merupakan perhiasan yg di anugerahkan Allah untuknya. Malahan seringkali aku mendengar ayat yg mengatakan seindah perhiasan kat dunia ni adalah wanita yg solehah.Semua wanita mahu dan sekurang-kurangnya menyimpan impian untuk menjadi wanita solehah .Kehadirannya diharapkan mampu melahirkan generasi-generasi akan dtg yg soleh dan mendidik anak-anak mereka menjadi sepertimana yg nabi ajarkan melalui al-quran dan sunnah. Malahan, aku akui sejahat manapun seseorang lelaki itu, dia tentu tetap mahukan wanita yg baik-baik untuk menjadi isterinya.Kononnya agar zuriatnya terjaga dan isterinya barangkali tdk curang atau mmg sedia ada taat kepada sgl perintahnya. Huhu, nauzubillah. Dalam dunia serba moden ini, macam-macam kisah yang aku dengar dan bermacam masalah yg pelik berlaku. Bila melihat drama di TV atau cuba membaca realiti hidup seseorg itu, aku seakan-akan merasa sgt takut nk mghadapi masa akan dtg.Dimana-mana kebanyakannya, wanita dipersalahkan atau saling menyalahkan itu adalah perkara biasa jika ada sesuatu masalah berlaku. Aku melihat wanita itu sgt perlu di didik dgn penuh hikmah atau lemah lembut  kerana wanita itu mmg lemah pada emosinya. Jiwa wanita mmg sensitif dan mudah mengalirkan air mata jika sesuatu mengganggu fikiran mereka. Tetapi, wanita juga dianugerahkan kekuatan yg tersendiri yg tdk ada pada lelaki, seperti kekuatan utk melahirkan, menggendong baby dan byk lagi. Wanita yg selalu kita harapkan menjadi tulang belakang bg seorg suami tidak akan pernah wujud jika mereka tdk dibimbing oleh seorg suami yg soleh. bagaimana byg2 nak lurus kalo berasal dr kayu yg bengkok??


"isteri adalah sebaik-baik perhiasan dunia..keindahan hidup duniawi seorang lelaki pada isteri atau isteri-isteri yang memahami..bicara seorang isteri, manjanya, ketawanya adalah ukiran warna kehidupan yang penuh keindahan..namun itu semua tidak dapat kecapi secara adil melainkan di bawah seorang suami yang berwibawa, menunaikan haknya dan mesra..renungan seorang isteri penuh dengan manja dan cinta..renungan seorang suami penuh wibawa dan bahagia.."


nukilanku,

wahai kumbang,
 jgn kau rayu bunga menyerahkan manisnya jika belom tiba saat dia halal untukmu...
wahai kumbang,
 jika benar tulus niatmu murni hasratmu ambillah dia mengikut garis panduan al-quran dan hadis,
wahai kumbang,
lemahnya wanita itu pada kata-kata manismu ...
maka jangan kau gunakan ia sbg senjata agungmu,
kerana cinta itu asalnya suci dan anugerah terindah bg setiap jiwa,
jangan kau kotori dgn nafsumu dan kerakusanmu.

wahai kumbang,
bantulah bunga-bunga itu untuk menjaga keharumannya,
seperti bunga di taman larangan,
biarkan ia kembang mekar dan cantik di sisi tuhanNya,
dan jika ia ditakdirkan untukmu,
maka peliharalah dia sebaik-baiknya utk mnjd tulang belakangmu dlm membina ummah,
generasi yg memahami dan mengamalkan islam sepenuhnya..


created by:
sophia natasya...
-sepertimana wanita lain,aku jua seorg wanita yg mengharapkan bakal zauj ku akn membimbingku lebih dekat pdNya.amin..


Friday 3 June 2011

 Alhamdulillah....
 
Tinggal seminggu lagi nak habis exam.moga Allah permudahkan segalanya..Dikala sedang bosan belajar, menjenguk ke fb salah seorg ahli agama yg saya kagumi nukilan dan gaya pemikirannya.Seringkali kata-katanya memberi kesedaran pada saya tentang betapa perlunya kita kembali pd islam yg sebenar seperti mana yg diajarkan nabi muhammad s.a.w. jom kita hayati nukilan puisi dibawah.moga bermanfaat hendaknya dlm bermuhasabah diri yg kian lena tanpa kita sedari:

DIALOG PURBA LAMA: FATWA, KUASA DAN AIRMATA

ini cerita purba lama..
di kala puisi ini di baca, ia sudah menjadi lagenda..
di sebuah negara bangsa, yang hanya tinggal nama..
sebuah kisah yang sudah mengubah sejarah
pada hari raja dan bendahara sudah pun tiada
hanya tinggal kenangan, sebuah kerajaan yang keguguran

suatu tika..
ketika sang raja melata dengan bangganya,
konon, mencemar daulat, menziarahi rakyat..
maka sekelian rakyat, dikerah penat..
sang raja dihidang bukan sebarangan..
agar istana terus muliakan,
lantas ditulis kata ‘raja berjiwa hamba’

tampillah seorang rakyat yang penuh nekad..
kata penjaga: jangan hampiri duli raja!
…kamu hanya rakyat biasa, tiada pangkat, tiada nama
Jawabnya: tapi aku rakyat yang punyai hajat!
terus sahaja dia ke hadapan, tidak dapat ditahan..
dengan penuh takwa di dada dia berbicara:
Wahai sang raja! Hati apakah saudara?
tergamak membina istana harga ratusan juta laksa..
ketika rakyat hidup penuh sengsara..
tatkala kami membilang-bilang suapan harian,
anak-anak yang hendak diberikan makan..
pakaian keperluan yang wajib disediakan..
dengan penuh lelah dan susah..
bayaran sekolah dan madrasah..
harga makan yang melambung..
atap bocor yang belum ditampung..
lantai berbunyi yang makin canggung..
anak ramai yang hendak ditanggung..
malang sekali…
khazanah bumi yang patut dikongsi..
dihabiskan untuk istana sang duli..
dipotong segala bantuan dan subsidi..
untuk kerakusan nafsu berahi..
duli-duli dan menteri-menteri..
pengampu-pengampu di sana-sini..
syaitan atau sultan, bendahara atau buaya..
nampaknya sama sahaja..
menteri atau pencuri,
pengampu atau penyapu..
sudah tiada bezanya..
terus berfoya dengan harta negara..
sedangkan…
keringat kami tidak pernah berhenti..
airmata kami terus mengiringi..
derita ini terus kami warisi..
ketika kemewahan raja dan bendahara..
dilapor dalam berbagai riwayat berita..
kisah duka rakyat, siapakah yang mempedulikannya?
Aduhai celakanya…
dalam sengsara rakyat jelata..
kalian tambah istana dan kota..
sedangkan yang lama masih boleh diguna..
rumah buruk kami pula, siapa yang akan bina?
apakah jenis manusia? apakah jenis raja, begini rupa?
apakah jenis memanda dan bendahara…
yang sanggup bersekongkol dosa?!

Maka murkalah sang raja..
“derhaka! kamu menentang beta!
beta penjaga agama, jangan sebarangan bicara!”
titah mengadap ahli fatwa, supaya hukum dapat diguna..
kepada penderhaka yang menentang kesucian kita
panggil setiap yang patut, tangkap dia atas nama penghasut!

maka bersuara ahli fatwa:
..atas nama agama kita, hai orang desa,
kamu rakyat derhaka yang berdosa..
menurut hukum tuhan, raja mesti dimuliakan..
tiada engkaran, tiada soalan..
hanya kata: menjunjung titah, tanpa bantah!

Hairan sang rakyat, seraya berkata: kamu siapa?
Sanggup kamu membela dosa mengguna nama agama?
Jawabnya: kamu ternyata hanya orang biasa..
tidak kenal orang berkedudukan mulia..
ana sang mufti yang dilantik duli..

Berkata sang rakyat: aduhai, malang sekali kamu sang mufti,
Tidaklah kamu dikenali, tidaklah kamu diperduli..
Dengan nama Rabbul Izzati, aku ingin kau beri erti,
apakah tugas anta selama ini?

Terkedu sang mufti, jantung berdegup
Tapi..terpaksa disahut:
Ya! Kerja kita membela baginda raja..
agama Tuhan kami guna,
siapa derhaka kami hukum dosa,
siapa terima, kami janjikan syurga..
setiap keramaian yang diada..
kami puja, kami dewa sang raja..
dengan doa-doa yang dicipta..
atas mimbar jumaat,
ataupun di majlis tarian memikat..
rakyat mengamin, kami menjamin..
maka duli tidak perlu diri dicermin..
kami kata tuanku sekelian sebaik-baik pemimpin..

kata sang rakyat: wahai sang mufti!
jika kau pernah mengaji,
jika kau tahu firman ilahi,
jika kau faham sabda Nabi..
apakah hukum istana ratusan juta harga atas derita jelata?
Jelaskan, halal atau haram wang yang dicengkam?
jawab sang mufti: hukum itu tiada dalam agama, jangan ditanya!
katanya pula: apakah hukum rakyat yang tidak bercermat?
dengan cepat mufti menjawab:
dia berdosa, tempatnya dalam neraka..

maka baranlah sang rakyat, bangkit dengan semangat,
diasak terus sang mufti dengan sindiran bertubi:
ketika duli pergi berjudi,
habis dibelasah wang negeri,
apakah fatwa kau sang mufti?
Ketika duli mabuk arak,
habis agama berselerak,
di mana mufti terletak?
ketika raja bersenda berpoya,
habis jadi cerita rakyat jelata,
ke kota sini dan ke sana,
wang negara enak dibelanja,
sang mufti kau di mana?

Marahlah sang mufti kesayangan duli:
Diam! Derhaka hukumnya haram!
sang raja penjaga agama,
mereka payung kita,
jangan dipersenda, itu satu dosa..
mati mereka kami adakan upacara doa..
ramai yang akan membaca..
imam-imam besar dibayar..
pahala-pahala akan dihantar..

sang rakyat masih baran:
wahai mufti pilihan!
apakah Tuhan menerima pahala bacaan
dari upah wang rakyat yang dimakan?!
aku sekali lagi ingin bertanya:
Apakah hukum istana,
yang dibina atas airmata rakyat jelata?

Titah Raja: Panggil menteri, hukum si degil ini!
dia cuba menghasut rakyat dan negeri!
tidak hormati mufti, dan kesucian duli-duli..

datanglah menteri dengan pantas:
“kau penderhaka, kau pengganas,
mesti ditangkap, mesti diberkas,
agama pun dah kata kau berdosa,
maka kau dihukum tanpa perlu dibicara..

berkata sang rakyat yang dihina,
sambil tunduk dengan airmata:
aku kenal Tuhan, agamaNya, juga negara,
bukan seperti yang kalian dusta..
agama bukan untuk melindungi dosa raja,
agama bukan untuk mempertahan noda penguasa
agama bukan untuk menzalimi rakyat jelata,
agama bukan untuk penindasan orang bawahan,
agama Tuhan untuk keadilan sekelian insan
Tuhan lagi membicarakan hamba-hambaNya,
setiap pahala dan dosa ditimbang seadilnya,
bagaimanakah aku disalah tanpa mahkamah?
Apakah kamu melebihi Tuhan Yang Maha Rahmah?

Sekali lagi aku bertanya:
apa hukum membina istana dengan sengsara rakyat jelata?
aku datang dari desa yang dihimpit berbagai perit,
aku datang dari keluarga yang rendah tanpa mewah,
mengira setiap belanja dan harga,
mengundi setiap barang yang dibeli
menunggu setiap detik kehadiran gaji,
apabila aku bertanya kemewahan istana dan pembesarnya,
harta para penguasa bangsa dan kuncu mereka
dari wang negara dan harta kita,
lalu kamu menyebut tentang dosa dan derhaka..
kalian dan raja memang menempa neraka..
dan sedang meruntuhkan negara..
atas derita kami rakyat yang sengsara...

maka, ditangkaplah wira rakyat,
tiada siapa yang mampu menyekat..

kendati, dia dilupa,
dihukum tanpa bicara..
namun puisi ini, tetapi merakam memori,
untuk pertiwi yang disayang,
juga wira yang tidak didendang..

Tuhan tidak akan lupa,
setiap kezaliman ada balasannya,
harga istana yang dibina, akan tetap dibicara,
wang rakyat yang ditelan, tetap dipersoalkan,
Di Mahkamah Tuhan Yang Maha Memberikan Keadilan!

2/7/10,
Penang.
Diambil dr facebook DR.MAZA..

Thursday 10 March 2011

Budi Bahasa

Banggakah anda jika anda menggunakan kata-kata yang kasar?
Itukah lambang sebuah ke macho/kecantik an?
Itukah lambang sebuah kekuatan?
Itukah lambang sebuah kesopanan?
Itukah lambang sebuah agama?

"tidak  didatangkan rasul di kalangan manusia melainkan untk menyempurnakan akhlak manusia"

Berhatilah dalam berkata-kata, jika tidak mampu maka diamlah.
Berhati-hatilah berkata-kata walaupun di dalam hatimu,
Allah tahu seluruh isi hatimu.

Hormatilah orang tua walau mereka tiada kaitan darah denganmu, bukan saudaramu, bukan ibu dan ayahmu, bukan orang yang kau kenali, tapi ketahuilah jika muslim merekalah saudaramu atas dasar akidah...Jangan sesekali mengutuk mereka atau memperlekehkan mereka walau dalam hatimu.

-Tidaklah yang menulis ini lebih baik dari yang membaca.cuma kadang2 kita sudah terlalu kurang sensitivity dalam percakapan atau perbuatan kita terhadap org yg lebih tua. media massa yang menayangkan cerita-cerita yg kononnya byk bg pengajaran kdg2 mendatangkan lebih byk keburukan kerana perkataan2 yg tak baik yg digunakan tu lebih sng dicontohi oleh anak muda lebih dr kebaikan dr cerita itu sndiri.

Wednesday 23 February 2011

renungkanlah ke dalam dirimu.....

Jalan ini masih lagi jauh....

                Dalam mengharungi hidup di bumi yang fana ini, sudah pasti pelbagai pengalaman telah ataupun sedang kita lalui.Dari pengalaman untuk mengenali diri sendiri, alam sekeliling yg indah, mengenal insan-insan yg disayangi sehinggalah pada satu tahap kita mengenal apakah rahsia tersirat disebalik makna "DUNIA" yg sebenar.Ketika lahir, kita mempunyai dua tapak tangan yang comel, bibir yang mungil kecil mengukir senyuman pd mak dan ayah serta mendapat nikmat sempurna jasadi dan rohani. Ketika itu, tanpa kita sedar bersama setiap kelahiran terpikul suatu tanggungjawab yang besar dibahu kita yang telah terpilih untuk hidup di atas muka bumi ciptaanNya. Tanggungjawab yang telah kita sendiri persetujui semasa di alam rahim lagi.Ingatkah kita tentang janji yang telah kita ikrarkan dihadapan pencipta kita yang maha agung?Mustahil untuk seseorang yang masih lagi berada di alam selain alam dunia ini untuk mengingati sesuatu yang di luar batasan akal fikiran manusia yg waras.Tetapi  persoalannya, di manakah sumber yg perlu kita rujuk untuk mengetahui perkara-perkara ghaib seperti ini dan apakah keperluan utk kita mengkajinya?Manusia sebenarnya memang Allah ilhamkan dua jalan kepadanya samada jalan kefasikan atau jalan ketakwaan.Manusia memerlukan agama sebagai suatu tempat bergantung bagi memenuhi fitrahnya yang dengan semulajadinya tahu bahwa alam semesta ini pasti ada pemiliknya.Kita seharusnya rasa bersyukur kerana mendapat nikmat Islam ketika kita lahir lagi walaupun pada waktu itu mungkin kita tidak faham apakah Islam itu sebenarnya.Alhamdulillah, hasil didikan mak ayah serta sekolah, Islam itu sudah mula bertapak di hati kita sejak kecil lagi.Tapi tanpa kita sedar,mungkin banyak sekali antara kita sendiri tidak mengambil inisiatif untuk memahami Islam secara lebih mendalam selepas kita diberikan ilmu tentangnya.Cukuplah hanya kita tahu rukun iman dan rukun Islam, maka terhenti sampai disitu sahaja pembelajaran kita tentang Islam.Ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah atau mungkin di universiti, kita diberikan sillabus-sillabus agama Islam untuk dihafal dan di jawab untuk exam walau kadang2 hakikatnya ia cumalah satu theory tanpa praktikal.Apakah yang akan terjadi selepas kita habis dari universiti atau pd sahabat-sahabat yg mgkin tidak berpeluang utk sampai ke tahap itu?Adakah proses pembelajaran untuk memahami Islam itu terhenti sampai disitu sahaja?Bukankah hati seseorang itu akan menjadi keras jika tidak mendapat makanan untuk rohaninya seperti tazkirah, taddabbur quran, peringatan2 yg berupa sebuah nasihat dan berbagai lagi.

                   Rasanya sudah tiba masanya untuk kita mencari dan cuba mendalami Islam itu sendiri sepertimana kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk belajar mathematik, kimia, dan berbagai lagi ilmu Allah di atas muka bumi ini. Banyak rahsia Allah yang terkandung dalam al-quran. Kita sering lupa untuk mengkaji tentang kehebatan al-quran serta hadith yg merupakan senjata umat islam dimana dengannya kita dijanjikan tidak akan sesat selamanya.Kita perlu mengenal dan muhasabah kembali siapakah kita dan mengapa kita diciptakan di atas muka bumi ini.Ya, al-quran dan hadith merupakan sumber utama yang perlu kita rujuk dalam mencari hakikat diri ini.Ingatkah kita pada ayat di bawah:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan), atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka…” QS.Al-A’raaf(7):172-174).

                   Ya, itulah apa yang kita telah ikrarkan dihadapan Allah, tuhanmu dan tuhanku yang maha berkuasa keatas sesuatu.Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah sementara, dunia hanya tempat manusia untuk diuji, tetapi ketahuilah bahawa dari setiap musibah itu tidak lain hanyalah untuk mendekatkan dirimu kepada tuhanmu.Dunia ini penuh dgn dugaan dan nampak indah seperti  dipandangan seorg musafir  yg merasa bahagia pabila melihat fatamorgana di tengah padang pasir.Namun, pabila dihampiri,ia hanyalah bayangan semata. Tujuan akhir kita adalah negeri akhirat. umur manusia zaman sekarang rata-rata hanyalah  dalam lingkungan 60-70 tahun, berdasarkan ayat 47 surat Al-Hajj. maka umur tersebut tidak lebih dari hanya 1.5 jam saja dibandingkan hari akhirat!

“…Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.”(QS.Al-Hajj(22):47).

Semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri serta berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.Tidaklah yang menulis ini lebih baik dari yang membaca maka doakanlah agar penulis tsabat dijalan ini serta mampu mengharungi dunia yg kadangkala menggugat ketabahan diri.wallahhualam


created by: sophia natasya