Thursday 2 December 2010

Kerna Dia lebih mengetahui...

ANTARA AKU DAN DIA??

Lama rasanya tidak aku menulis diruangan alam maya ini.Blog ini telah terbengkalai sekian lamanya.Tidak tahulah mengapa dan dimana puncanya, tetapi aku merasakan seolah-olah bile aku menulis, aku kan sentiasa terfikir ape yang orang lain kan kata bila aku menulis ape yg aku fikirkan.hakikatnya, aku memang seorang yang sentiasa dan selalu memikirkan ape yang orang akan kata.Tetapi sekarang,dah tiba masanya aku menulis sme yang aku fikirkan tanpa menghiraukan ape yang orang lain nak kata, even kadang-kadang ada gak seorg hamba Allah ni cakap,"status anda ni entah pape," atau "nape status sme emo?", agak lawak disitu.Lama sudah aku berfikir tentang segala yang berlaku dalam hidup ni dan aku melihat hikmah disebalik setiap ape yang berlaku dalam hidup aku.Bile aku berjalan sorang-sorang on da way nak pi sekolah, aku akan memerhatikan sekeliling aku.sudah pasti hati aku kan jd tenang bila tgk keindahan alam ciptaan tuhan.Satu benda yang aku suke kat manchester ni adalah udara yang segar dan pokok-pokoknya yg menghijau.Indah sangat n boleh aku katakan mcm suasana kampung yg damai dan fresh jerk even byk bus-bus dan kenderaan tiap kali ak nak pi skul.otak aku akan mula berfikir tentang ape yang berlaku serta betapa cantiknya Allah plan smenye.kadang-kadang Dia bagi kita kesusahan supaya dengan kesusahan yang kita hadapi tuh, kita akan jadi lebih kuat dan sentiasa yakin yang Allah tu selalu ada.Allah nak kita bersedia untuk mghadapi sesuatu yang lebih mencabar akan dtg, agar kita sentiasa bersedia.Aku ingat lagi, betapa menderitanya ak kat asrama dulu, ak rs cam jumpe orang pelik2 n ada kena aniaya sket kot ngan org ,kena kaco ngan hantu r, tapi bile ak fikir2 balik sme tuh jadikan aku belajar tentang kepelbagaian manusia dan ketabahan.Dan pasal gangguan tuh, aku akui yang sejak aku belajar balik ilmu agama kat sini, tadabbur al-quran,blaja hadiths sme, baru aku faham ape yang sorang ustaz ni ckp waktu aku kena gangguan kat skul dulu.Dye suh aku baca 3 qul n amalkan serta banyakkan baca quran, ak mmg dah bacalah sme tuh sebelum tido, baca quran nangis2 sme sebb xtahan dengan gangguan tuh...tapi, end up ak still kena kaco gak, 2 tahun tuh..huhu..nak tahu kenapa still kena kaco even dah baca quran,doa,baca 3 qul n tido siap pegang quran g?.....Actually, itulah kita atau lebih dekatnya aku.Aku xfaham ape yang ak baca, xmenghayati ayat-ayat Allah tuh, ape yang terkandung dalam surah an-nas,al-falaq,al-ikhlas sehingga ada sebahagiannya cakap, ni sebagai pendinding diri.Aku xthu sme tuh...sebab tuh, kadang-kadang aku selalu tanya pada Allah, kenapa dalam ramai2 orang ni nape aku yang kena kaco dan nampak menda bukan2 setiap hari masa kat asrama dulu??Aku rasa mcm Allah xadil bile sme budak dorm ak xpercaya ape yg aku alami, apetah lagi nak ckp kt budak2 ni menda yg xnampak.I have no one at that time utk tlg aku.tapi, sbenarnya ia makin mendekatkan diri ak dngan Allah., makin banyak aku luah pdNya walau langsung tiada jawapan.at least, aku puas bile dah luah pd pencipta kerna Dia lebih memahami segala yang berada dalam hati manusia atau lebih senangnya rahsia hati aku.cewaahh..Dan suatu hari tuh, aku ada motivasi dari sape ntah nama dye, masa kat akhir tuh dekat slide show dye ada tulis satu rangkap ayat yang seolah-olah bg aku satu harapan.Ayat tu berbunyi: "Allah xkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung olehnya".Ayat ni nampak macam simple, tapi actually sudah cukup memujuk hati aku.dan sampai skrg, ak sgt yakin sme kesusahn yg ak alami tu mampu tuk aku tanggung.Bile sampai manchester ni, ak baru tahu tu adalah ayat quran yang selalu kita baca dalam mathurat.ape tu mathurat? Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah dan disusun oleh As-Shahid Imam Hassan Al-banna (mujaddid).Alhamdulillah, rupe-rupenye bila kat sini, baru smua pertanyaan aku dulunya terjawab..setelah beberapa tahun...kenapa aku yang terpilih utk diuji?

"Ataukah kamu mengira bhwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cobaan seperti yang dialami oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai cubaan,sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah tuh dekat"

SubhanaALlah, dugaan ak ni kecik je, sedangkan nabi dulu lagi susah..Habab tuh, siap kena panggang lagi sampai lemak yang terbakar tuh menitis sehingga boleh padamkn bara api tuh.Diseksa semata-mata utk dipaksa agar kembali pada agama nenek moyang mereka.betapa kuatnya iman dye utk mempertahankan Islam tu sndiri.sedangkan ak?lahir-lahir dah mmg islam.banyak sangat disuap dengan dunia sehingga lupe tentang kepentingan utk mempelajari ilmu Allah,rahsia kalamullah.sebab tu Rasulullah cakap dalam khutbahnya yang terakhir, dalam haji wida' yang berbunyi:

Khutbah Rasulullah pada Haji Wida'


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.....

Bile kita kembali merujuk pada al-quran dan hadith segala ape yang berlaku dalam hidup kita,insyaAllah kita kan temukan jawapannya..Seperti aku, masih segar dalam ingatan aku ketika kak yana menyentuh hatiku dengan tadabbur ayat quran dan hadith.aku tersentap,jiwa yang kosong kembali terisi...hati aku rasa berat dan aku mula merasakan sme pertanyaan aku pada Dia telah terjawab walau mengambil masa bertahun-tahun.

"Wahai manusia!Kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji. Jika Dia mengkehendaki, niscaya Dia akan menggantikan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru untuk menggntikan kamu"(Al-Fatir:15/16)

Setiap orang berhak membuat pilihan dan kita cuma ada dua pilihan dalam hidup ni iaitu:
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan"(Ass-Shams:8)

wallahhualam..
-sophia natasya-

1 comment:

Rusydi said...

hai sophia...hantu ape kaco sophia dulu???