Monday 26 December 2011

Kerana Cinta

Cinta itu fitrah

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu." (QS. An Nisaa’: 1)

Bismillahhirrahmanirrahim
Allahhumma solli a'la muhammad wa ala ali muhammad..

Setiap sesuatu yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini adalah berpasang-pasangan. Kita sendiri dapat melihat buktinya pabila dengan melihat sekeliling kita. Allah menabirkan siang dan dilabuhkan pula malam pabila tiba masanya, adanya langit dan bumi, terang dan gelap, syurga dan neraka, lelaki dan wanita serta banyak lagi. Allah berfirman: 

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." ( Adz Dzariyat: 49)

Di antara hikmah penciptaan manusia yg berpasangan ini, Allah telah meletakkan manusia pada tahap yg lebih tinggi dengan mensyariatkan pernikahan agar memenuhi fitrahnya utk hidup berpasangan. Dan setiap pernikahan ini telah ditetapkan rukun dan syaratnya yg didalamnya mengandungi perjanjian antara pasangan itu dengan Allah. Ya, setiap lafaz bermakna itu merupakan perjanjian setiap pasangan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan menjadikan Allah sebagai yg menilai setiap amanah dan hak yg perlu ditunaikan oleh suami dan isteri itu sendiri. InsyaAllah dengan setiap keikhlasan untuk mencari redhaNya, Allah akan kurniakan sesuatu nikmat yg tersendiri di dalamnya. 

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."     (ar-rum:21)


Al-Imam Al-Ghazali berkata tentang sebahagian faedah perkahwinan:"perkahwinan adalah penenang jiwa dan kesenangan kepada isteri iaitu ketika bersamanya, memandang dan bercanda.Perkahwinan juga mententeramkan hati dan menambahkan kekuatan untuk beribadah.Ini kerana jiwa itu mudah jemu lalu menghindari kebenaran.Rasa cinta kepada wanita termasuk ketenteraman yang menghilangkan kesusahan dan menyenangkan hati.Jiwa orang-orang yang bertaqwa pun memiliki kesenangan terhadap hal-hal yang mudah.

Ali bin Abi Talib berkata:"Tenteramkanlah hati kamu barang sejenak.Kerana jika dipaksa terus,maka ia boleh menjadi buta.

Sejak seseorang berganjak remaja (baligh) serta mumayyiz ( dapat membezakan perkara yg benar dan salah), fitrahnya sebagai manusia untuk mempunyai kecenderungan terhadap insan yg berlainan jenis darinya. maka sejak sebagai responds pd fitrah ini, mulalah terbit perasaan rindu, sayang dan cinta  yang jika tidak dituntun dengan didikan agama yg cukup, maka nafsulah yg akan memainkan peranan yg penting dalam hal ini. Syaitan pula mulalah menjadi peneraju utama dalam menyesatkan manusia. Dan dari detik ini, lahirlah masalah sosial yang tinggi serta akibatnya pasti semua org telah tahu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui di atas setiap sesuatu samada yg terzahir atau tersembunyi. Islam adalah solution bg setiap masalah dan perselisihan manusia, maka setiap satu permasalahan itu  pasti ada jalan penyelesaiannya. 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

~~Berkata tentang cinta sesama manusia, aku bukanlah insan yang terbaik untuk berbicara tentangnya.kerna pasti ada ramai lagi insan di luar sana yg berpengalaman dan dapat mengulasnya dengan lebih terperinci dan mendalam.. Cuma padaku, cinta suci yg berasaskan islam itu layaknya dilafazkan dengan sebuah ikatan perkahwinan yg halal dan diredhaiNya. Cinta itu didalamnya terdapat seluruh kenikmatan walaupun kemudiannya Allah akan memberikan pelbagai dugaan terhadapnya.. tetapi yakinlah ianya adalah untuk menguatkan ikatan cinta..Itulah cinta yang ianya tidak hanya tahan di dunia tetapi hingga ke alam yang kekal abadi.. Cinta yg berlandaskan agama, mengenalinya membuatkan kita rasa makin dekat dengan pencipta dan merasakan kenikmatannya akan membawa kita kpd kesyukuran yg tidak terhingga. Moga suatu hari nanti, jika kita dapat rasakan cinta itu, biarlah cinta kepada insan yg berlainan jenis itu akan menjadikan kita lebih dekat padaNya, cinta yg ingin membawa pasangan kita ke syurga dan bersama-samanya menempuhi dugaan badai duniawi ini.  Berkasih sayanglah kerana Allah, saling menasihatilah kerana Allah....sebab masing-masing tahu bahawa hidup di dunia ni hanya sementara dan mengharapkan agar berjumpa di syurga kelak. Dan berdoalah dari sekarang sekiranya ditakdirkan akan mempunyai zuriat kelak, berdoalah agar zuriat yg bakal menjadi penyeri hidupmu itu hatinya ditautkan pada cinta kepada Allah dan RasulNya, roh dan jiwanya terpimpin oleh petunjuk Allah dan quran, menjadi anak yg soleh/ah yg akan membantu membangunkan ummah kelak. Bermulalah berdoa agar mendapat zuriat yg soleh dari sekarang walaupun masih belum berkahwin, selain dr meminta doa agar dipertemukan dengan insan yg terbaik utk kita..insyaAllah yg dpt mendidik wanita-wanita sbg amanah terindah bg setiap lelaki...Dan sekiranya ajal itu menjemput sebelum sempat mendirikan rumah tangga, ketahuilah bahawa sesungguhnya "mati itu pasti dan nikah itu insyaAllah"...
Allah tahu apakah yang terbaik untuk setiap hambaNya..moga kita kan mendapat pengakhiran yang baik di saat terpisahnya roh dari jasad. janganlah lalai dr Allah kerana "cinta kpd manusia" dan menyalahgunakan "cinta" kerana ianya anugerah Allah dan tdk sepatutnya dilayan dengan sebegitu..

Created by:
sophia natasya 
(moga Allah mengampunkan setiap dosa mukmin dan mukminat di atas muka bumi ini)



sesiapa rajin dengarlah lagu ni~~





No comments: